Saturday, July 25, 2009

POKOK BEBUAS /NAMA SPESIS PREMMA CORDIFLORA MENCEGAH PENYAKIT BERJANGKIT SARS.H1N1 DAN SEGALA JENIS PENYANKIT BERJANGKIT.

Bebuas adalah sejenis tanaman yang sukar ditemui kecuali dikampung-kampung atau ditanam oleh segelintir individu yang mengetahui khasitnya.Sejak akhir-akhir ini Bebuas semakin popular terutamanya di kalangan pengidap SARS dan jenis penyakit akut yang datang tak menentu seperti H1N1.Malah ia turut dicari oleh orang awam yang menyedari khasiat yang terkandung di dalamnya.



Pokok Bebuas ini tumbuh tinggi menegak.Pokok Bebuas yang masih muda berbatang coklat manakala pokok yang telah matang akn berwarna kelabu.Daun Bebuas tumbuh tunggal,lebar dan bertepi rata serta hujungnya merucing tajam.Warnanya hijau muda dan tumbuh dengan tangkai yang berhadapan.



Bunga Bebuas dipercayai banyak mengandungi khasiat dan amat popular.Warnanya putih dan berbentuk seperti locing.Bunga Bebuas berbau kuat dan menusuk hidung.

KHASIATNYA
Daun dan bunga pokok Bebuas dipercayai boleh mengurangkan angin dalam badan,menambahkan susu ibu,mengubati kecacingan dan menguatkan tenaga dalaman.Ia juga dikatakan boleh mencegah penyakit akut.
Carany ialah petik pucuk Bebuas dan makan sebagai ulam ,makn secara mentah dan boleh juga di rebus.
Bunga dan daun Bebuas boleh membantu menguatkan imunisasi di dalam badan.Malah ia juga mampu mencegah daripada mendapat penyakit berjangkit.Bagi suri rumah pula,petik dua atau tiga helai daun Bebuas dan lumurkan pada ikan yang telah dibasuh .Insya-Allah....bau hanyir ikan akan hilang.Mari mencuba....

Cerita Pak Cik Tukiran ,Usia 50 tahun, pokok Bebuas telah lama menjadi makanan harian buat dirinya dan keluarga .Pucuknya manis dan sedap dibuat ulam.Mlah Pak Cik Tukiran percaya pokok Bebuas dapat membuang angin dan amat sesuai diamalkan oleh wanita yang sedang dalam pantang.Sejak beliau memakan pucuk Bebuas sebagai ulam,dia dan isterinya jarang menghidapi penyakit seperti deman dan selsema serta penyakit berjangkit yang lain.Malah katanya ,dia langsung tidak menghadapi penyakit-penyakit berbahaya seperti kencing manis,darah tinggi dan batu karang yang yang selalu menyerang di usia sepertinya.Mungkin inilah khasiat yang tidak disedari oleh ramai orang.Lagipun pokok ini hanya menjadi terkenal setelah tercetusnya wabak SARS.

Thursday, July 16, 2009

BELI 3 MOTORSIKAL YAMAHA VIRAGO JIMAT MINYAK HINGGA RM 3,000.00 SEBULAN



Kehidupan waktu ini memang memerlukan yang yang banyak tambahan pulak motorsikal dah jadi barang keperluan harian untuk bergerak dari satu tempat kesatu tempat.Sudah jadi bualan orang ramai minyak semangkim naik, jadi saya cadangkan supaya mengunakan motosikal seperti dalam gambar di atas.
Motorsikal ini dapat memjimatkan minyak petrol sehingga RM 3,000.00 sebulan.Mesra alam tiada mengeluarkan asap.Tidak mengeluarkan bunyi.Boleh berbunyi kuat atau pelahan dengan kuasa mulut.Kelajuan sehingga tahap bahaya 300 km satu jam.Kalau nak laju lagi gunakan turbo semulajadi yang di bagi percuma.
Cepat....Cepat...Jangan lepaskan peluang memiliki motorsikal virago ini untuk kesejahteran hidup,tak perlu fikir keluar wang beli minyak,alatganti yang murah,mesra alam dan banyak lagi le..........heh...heh....73.jumpa lagi harikato bye...bye...

Tuesday, July 14, 2009

Monday, July 13, 2009

BLOG BARU 9W2PHJ@PRPHJ

Posted by Picasa


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t.kerana dengan izinya,maka blog ini dapat disiapkan walau pun tak sempurna.Saya juga mengucapkan terima kasih kepada 9w2ipt yang dapat membantu teman dan tunjuk ajar banyak perkara tentang blog melalui radio .Hari ini terbitlah satu lagi blog teman yang di isi dengan photo-photo keluarga sanak saudara dan rakan-rakan ham heh..heh.

Besok hari hari Selasa,
Lusa hari Rabu;
Kalu buat kerja tak dapat rasa,
Fikiran kita langsung tak tentu.

Besok hari rabu,
Lusa hari Khamis;
Fikiran kita tidak tentu,
Hati kita bengis.

Besok hari Khamis,
Lusa hari Jumaat;
Kalau hati kita bengis-membegis,
Hidup kita tak semat.

Buah durian dibelah dua,
Mari kutaruh di dalam upih;
Orang perempun besanggul dua,
Kalau bercakap terlalu lebih.

Buah durian masak mengkal,
Buah palas dimakan nyamuk;
Hari kemudian jangan menyesal,
Rupa paras sudah tengok.

Dari Daik ke Inderagiri,
Dari Jeddah ke negeri Cina;
Baik-baik jaga diri,
Kita sudah selalu tekena.

Dari daik pergi ke Deli,
Singgah berlabuh Lautan Cina;
Sudah kubelek baru kena,
Mana boleh jadi terkena.

Dari Kangar pergi ke Kuala,
Baru mari Simpang Empat;
Mungkir janji bukan mudah,
Bagai pemotong belum di bayar.

Dari Kelibang pergi ke Daik,
Dari Daik terus ke Melaka;
Kalau abang berhati baik,
Sanak saudara semua suka.

Dari seberang pergi ke Deli,
Bawa utusan dari sana;
Gelombang besar jangan peduli,
Jaga olak dari mana.

Hendak ke pulau kepulau saja,
Kepulau jangan berdagang ubi;
Hendak bergurau bergurau saja,
Gurau jangan mengambil hati.

Kain ini carik di tengah,
Mari dijahit budak hulu;
Tengah berkasih datang fitnah,
Baik kita berhenti dahulu.

Makan nasi lauk tomato,
Kalau nak sedap campur cabai;
Jumpa lagi ..harikato,
Salam sejahtera babaiiii