Bebuas adalah sejenis tanaman yang sukar ditemui kecuali dikampung-kampung atau ditanam oleh segelintir individu yang mengetahui khasitnya.Sejak akhir-akhir ini Bebuas semakin popular terutamanya di kalangan pengidap SARS dan jenis penyakit akut yang datang tak menentu seperti H1N1.Malah ia turut dicari oleh orang awam yang menyedari khasiat yang terkandung di dalamnya.
Pokok Bebuas ini tumbuh tinggi menegak.Pokok Bebuas yang masih muda berbatang coklat manakala pokok yang telah matang akn berwarna kelabu.Daun Bebuas tumbuh tunggal,lebar dan bertepi rata serta hujungnya merucing tajam.Warnanya hijau muda dan tumbuh dengan tangkai yang berhadapan.
Bunga Bebuas dipercayai banyak mengandungi khasiat dan amat popular.Warnanya putih dan berbentuk seperti locing.Bunga Bebuas berbau kuat dan menusuk hidung.
KHASIATNYA
Daun dan bunga pokok Bebuas dipercayai boleh mengurangkan angin dalam badan,menambahkan susu ibu,mengubati kecacingan dan menguatkan tenaga dalaman.Ia juga dikatakan boleh mencegah penyakit akut.
Carany ialah petik pucuk Bebuas dan makan sebagai ulam ,makn secara mentah dan boleh juga di rebus.
Bunga dan daun Bebuas boleh membantu menguatkan imunisasi di dalam badan.Malah ia juga mampu mencegah daripada mendapat penyakit berjangkit.Bagi suri rumah pula,petik dua atau tiga helai daun Bebuas dan lumurkan pada ikan yang telah dibasuh .Insya-Allah....bau hanyir ikan akan hilang.Mari mencuba....
Cerita Pak Cik Tukiran ,Usia 50 tahun, pokok Bebuas telah lama menjadi makanan harian buat dirinya dan keluarga .Pucuknya manis dan sedap dibuat ulam.Mlah Pak Cik Tukiran percaya pokok Bebuas dapat membuang angin dan amat sesuai diamalkan oleh wanita yang sedang dalam pantang.Sejak beliau memakan pucuk Bebuas sebagai ulam,dia dan isterinya jarang menghidapi penyakit seperti deman dan selsema serta penyakit berjangkit yang lain.Malah katanya ,dia langsung tidak menghadapi penyakit-penyakit berbahaya seperti kencing manis,darah tinggi dan batu karang yang yang selalu menyerang di usia sepertinya.Mungkin inilah khasiat yang tidak disedari oleh ramai orang.Lagipun pokok ini hanya menjadi terkenal setelah tercetusnya wabak SARS.
Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim
2hb Ogos 2023 - 7 tahun aku tinggalkan penulisan blog ini. 7 tahun yang
bagi aku masa yang sangat panjang dan mas...